kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Wednesday, December 18, 2013

sayangilah

SAYANGILAH AYAH ANDA...KERANA HATI AYAHMU BUKAN BATU...ADA DARAH MERAH DIDALAMNYA...

Seorang kawan mengadu, jiwa tersepit dengan sikap bapanya yang panas baran. Dia berhasrat untuk tidak pulang ke rumah selagi ayahnya masih begitu.

Monday, October 14, 2013

SEORANG SUAMI MENULIS...



Ketika kutatap wajah isteriku,
betapa aku sangat bersyukur kepada ALLAH,
atas anugerah terbesar yg pernah aku terima.

Seorang wanita yang sederhana,
namun keridhoan dan keikhlasannya menerima diriku sebagai suaminya, membuat aku tidak berhenti bahkan tidak akan pernah berhenti bersyukur kepada ALLAH, atas perkahwinan paling indah yang diberikan oleh NYA kepadaku....

Ketika kutatap wajah isteriku,....
betapa besar rasa maluku,
kerana masih banyak kekurangan pada diriku.

Tuesday, March 26, 2013

Bezanya doa seorang ibu dan anak - part 1



Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.

Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi
dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Friday, January 11, 2013

cinta itu hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan

"ABANG...SITI LETIH...ABANG TIDAK PERNAH CUBA MEMBERIKAN CINTA YANG SAYA INGINKAN..."

Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika be
rsandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih… lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut..

Thursday, January 10, 2013

tentang keyboard

Kalau nak tahu, sebenarnya lebih mudah dan cepat jika gunakan shortcut keyboard dari guna mouse..

sebagai contoh, kalau nak Highlight semua sesuatu perkataan atau folder atau fail, hanya tekan "CTRL+A" sahaja dah jadi jika dibandingkan jika guna mouse

jom kita tengok ape lagi shortcut keyboard yang boleh kita gunakan dalam seharian kita ngadap komputer..

 
More than 100 Keyboard Shortcuts must read SHARE IT........

Tuesday, January 8, 2013

RENUNGKANLAH SEJENAK TENTANG IBU KITA...

Kenanglah IBU yang menyayangi kita...
untuk IBU yang selalu menitiskan air mata ketika kita pergi...

Ingatkah kita ketika IBU rela tidur tanpa selimut demi melihat kita tidur nyenyak dengan selimut membalut tubuh kita...

Ingatkah kita ketika jemari IBU mengusap lembut kepala kita??
dan ingatkah kita ketika airmata menitis dari mata IBU kita,
Ketika melihat kita terbaring sakit..

Sesekali jenguklah IBU kita yang selalu menantikan kepulangan kita di rumah tempat kita dilahirkan..

Kembalilah minta maaf pada IBU yang selalu rindu akan senyuman kita..

Jangan biarkan kita kehilangan saat-saat yang akan kita rindukan di masa datang ketika IBU telah tiada...