kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Saturday, July 28, 2007

Alhamdulillah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga blog ini dihasilkan.

Rakan-rakan forom kereta lebih mengenali diri ini sebagai imkecik atau im. Kenapa rakan-rakan forom kereta? Sebab semasa im berjinak-jinak dengan dunia internet. Forom kereta la yang mula-mula im kenali.

Sebab nak jaga kete  baek-baek dan tak nak disembelih tengkok bila pegi kedai ekssori atau bengkel kete, dan im tak tahu nak belajar kat mana, jadi im pun belajar pasai kete dalam forom.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nick name ini yang im pilih. Sebenarnya im + kecik ni dapat masa im belajar di kolej di Sungai Petani. Gara-gara dalam bilik asrama kami ada 3 orang nama yang sama dan im adalah orang yang bertubuh paling kecil dari 2 orang lagi. jadi, dalam bilik tu semua berpakat mengelar im dengan nama “kecik”. Perkataan “im” pula wujud gara-gara majlis orentasi budak-budak junior im nak mintak tandatangan senior-sinior depa. Tak best la kalau budak-budak tu senang sangat dapat jejak im, member im syorkan nama “im” digunakan dari nama sebenar im bagi mengelirukan mereka. Itulah asal susul timbulnya nick name “imkecik” ini.