kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Saturday, July 28, 2007

Alhamdulillah

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga blog ini dihasilkan.

Rakan-rakan forom kereta lebih mengenali diri ini sebagai imkecik atau im. Kenapa rakan-rakan forom kereta? Sebab semasa im berjinak-jinak dengan dunia internet. Forom kereta la yang mula-mula im kenali.

Sebab nak jaga kete  baek-baek dan tak nak disembelih tengkok bila pegi kedai ekssori atau bengkel kete, dan im tak tahu nak belajar kat mana, jadi im pun belajar pasai kete dalam forom.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana nick name ini yang im pilih. Sebenarnya im + kecik ni dapat masa im belajar di kolej di Sungai Petani. Gara-gara dalam bilik asrama kami ada 3 orang nama yang sama dan im adalah orang yang bertubuh paling kecil dari 2 orang lagi. jadi, dalam bilik tu semua berpakat mengelar im dengan nama “kecik”. Perkataan “im” pula wujud gara-gara majlis orentasi budak-budak junior im nak mintak tandatangan senior-sinior depa. Tak best la kalau budak-budak tu senang sangat dapat jejak im, member im syorkan nama “im” digunakan dari nama sebenar im bagi mengelirukan mereka. Itulah asal susul timbulnya nick name “imkecik” ini.


Sedikit tentang diri im ini untuk dikongsi bersama. Imkecik a.k.a im adalah anak kelahiran Negeri Perak. Anak ke empat dari tujuh beradik. Kelulusan hanya sekadar SPM sahaja. Di kolej kat Sunagi Petani tu hanya ambil sijil SKM. Sekarang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sekolah. Setelah bekerja, barulah im mula mengambil lesen. Dan setelah itu, barulah im memiliki kereta sendiri. (tu pun abah bayarkan duit muka..hahaha, anak abah nih)

Memang diluar dari angan-angan untuk miliki sebuah kereta satria. Namun, itulah hakikatnya. Itulah kereta pertama im. Itu pun sebab abah berkenan dengan kereta tu dan im lak mampu bayar duit pinjaman bulan-bulannyer. Im pun turut saja kehendaknya.

Di blog ini, ingin im berkongsi cerita tentang im dan lebih fokus kepada pengalaman im semasa im memandu kereta. Entah kenapa bila memandu im suka mengusik pemandu-pemandu di belakang kereta im.
Nak tahu cam mana im mengusik mereka. Follow la cerita-cerita yang akan im postkan.

Selain itu, mungkin im adakan selitkan cerita-cerita yang luar dari im dan kereta. Apa pun, inikan blog im, jadi ikut suka im la..hahaha (^_^)

No comments: