kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Wednesday, December 18, 2013

sayangilah

SAYANGILAH AYAH ANDA...KERANA HATI AYAHMU BUKAN BATU...ADA DARAH MERAH DIDALAMNYA...

Seorang kawan mengadu, jiwa tersepit dengan sikap bapanya yang panas baran. Dia berhasrat untuk tidak pulang ke rumah selagi ayahnya masih begitu.


Saya hanya diam. Bertafakur bersama ribut Mediterranean yang menggila saat ini. 10 minit kemudian, saya melakar status ini bersama deraian salju air mata.

Demi ALLAH, kamulah insan bertuah kerana punyai insan yang boleh diseru dengan nama ayah. Saya hilang seruan itu sejak 23 tahun yang lalu. Saya tidak menafikan sedih anda punyai ayah begitu. Cuma, saya hanya ingin menyatakan, ada insan yang lebih sendu dan rawan hati mereka berbanding ratap hatimu. Adinda saya tidak sempat menyeru nama ayah sejak lahir. Rawan hatinya, siapa yang tahu.

Hati ayahmu bukan batu.. Ada darah merah di dalamnya. Darah cair yang mudah sejuk dengan layanan bernama Al-Birr.. Ada air kasih sayang yang mengalir di celahan sendinya. Bapamu bukan penggarang yang panas baran. Cuma dia adalah lelaki jantan yang miskin cara untuk menunjukkan kasih dan melontarkan sayang.

Peluklah ia, rasai degupan cinta dari jantung kasihnya, sebelum kamu memeluk tanah merah yang tidak akan melantun kasih, tidak akan meriwayatkan bunyi degupan jantung insan itu lagi. Serulah namanya sebelum namanya diseru ketika talkin dibacakan.

Sungguh, hati yatim sejak berumur 4 tahun ini sangat mudah rawan dengan cerita anak yang mudah menghukum seorang ayah yang berkorban selama anak masih hidup.

Hasil nukilan Ihsan Fadhli 
 
 
~ AL-FATIHAH UTK ABAH :: 18.12.1947 - 06.06.2010 ::

No comments: