kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Tuesday, December 28, 2010

Amanah abah

"tp ari tu amanah dr abah dia nak akak tolong buatkan simpanan berupa saham yg selamat utk kita adik beradik.. arwah sebenonye nak tolong anak2 dia supaya masa depan terjamin..sebab dia penah tanye klu simpan dlm cimb fund tu dlm masa 30thn leh dpt bape rm..

Tuesday, December 21, 2010

2010 - sElaMat TinGgaL~~

Alhamdulillah, kini 2010 hampir meninggalkan kita semua. Alhamdulillah, segala onak duri ranjau kehidupan dilalui dengan tabah dan sabar. Memang 2010 adalah tahun yang begitu diluar jangkaan ku. Sesungguhnya hanya Allah saja mengetahui apa yang telah tersurat dan tersirat untuk ku laluinya.

Masih ingat lagi. Awal tahun 2010, aku terpaksa belajar hidup bersama-sama keluarga mertuaku. Alhamdulillah, kami hidup bahagia bersama. Dalam masa yang sama, aku terpaksa merelakan diri ku untuk menerima perubahan prifesion suamiku rezeki yang halal untuk menyara kami sekeluarga. Sebenarnya aku berat hati dengan profesionnya menjadi pemandu, berbagai-bagai gamabran yang terkeluar dalam mindaku. Namun, aku cuba belajar menerima profesion barunya itu. Alhamdulillah, aku berjaya menerima seadanya sekarang.

Wednesday, January 27, 2010

NEW CRIMINAL TACTIC (KAM)...must read...

copy n paste dr email..
thanks lie for your email



Ni cerita penuh kejadian yg menimpa staff PPMSB semalam.






MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.