kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Tuesday, December 21, 2010

2010 - sElaMat TinGgaL~~

Alhamdulillah, kini 2010 hampir meninggalkan kita semua. Alhamdulillah, segala onak duri ranjau kehidupan dilalui dengan tabah dan sabar. Memang 2010 adalah tahun yang begitu diluar jangkaan ku. Sesungguhnya hanya Allah saja mengetahui apa yang telah tersurat dan tersirat untuk ku laluinya.

Masih ingat lagi. Awal tahun 2010, aku terpaksa belajar hidup bersama-sama keluarga mertuaku. Alhamdulillah, kami hidup bahagia bersama. Dalam masa yang sama, aku terpaksa merelakan diri ku untuk menerima perubahan prifesion suamiku rezeki yang halal untuk menyara kami sekeluarga. Sebenarnya aku berat hati dengan profesionnya menjadi pemandu, berbagai-bagai gamabran yang terkeluar dalam mindaku. Namun, aku cuba belajar menerima profesion barunya itu. Alhamdulillah, aku berjaya menerima seadanya sekarang.



Penghujung bulan Mei - awal bulan Jun, adalah peristiwa yang membuat aku serta keluarga (perak) tersentak. Memang terlalu besar musibah yang aku terima waktu itu. "Linangan air mata syahdu diiringi permegianmu . Oh sukarnya untuk aku mempercayai, dan sukarnya untuk aku menerimanya. Tetapi iman merelakan jua bahawa manusia akan mati akhirnya". Kini ku tabahkan jua pemergian abah ke rahmatullah buat selama-lamanya. Sayu... tiada lagi suaranya berkumandangkan azan di surau. Yang tinggal hanya kenangan kami sekeluarga bersamanya. "Ya Allah, ku mohon kepadaMU Ya Allah, Engkau ampunkan dosa-dosa ayah ku yang telah membesarkan ku dengan tulang empat keratnya. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Dan aku bermohon Engkau tempatkan roh ayahku bersama-sama orang yang beriman. Amin"

Kehidupan seharian harus aku lalui. Walaupun peristiwa perpisahan abadi itu amat memeritkan, namun masih ada peristiwa manis yang aku tempuhi. Tahun ini aku telah di Anugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)bagi tahun 2009. Aku diberi segulung sijil penghargaan dan wang tunai RM1000.00. Alhamdulillah, syukur. Wang tunai itu aku gunakan untuk membeli kamera DSLR yang selama ini hanya sekadar satu impian yang sukar untuk aku kecapi.

Sekali lagi aku diberita gembirakan dengan perlantikan suami ku sebagai Pemandu Kenderaan di SM Sains Kubang Pasu. Alhamdulillah. Syukur ku tidak terhingga.

Bukan itu sahaja, kedua-dua adik lelaki ku telah melansungkan perkahwinan mereka pada 5 Disember 2010. Penat juga nak menguruskan kenduri tersebut. Sebab "orang kuat" dalam keluarga ku menjadi raja sehari, hanya kami yang xberapa kuat ini terpaksa menguruskannya. Kenduri dibuat tanpa abah~~

Bila balik dari perak..kucing yang ku sayangi telah hilang. kesot tidak pulang sejak petang khamis (sebelum aku ke perak). Ish...kemana la ia menghilang? sampai ke hari ini tiada jawapan.

Semalam aku dan suami telah berpindah dari rumah mertua ke rumah kuaters SM Sains Kubang Pasu. Besar juga rumah tu. Walaupun kami tinggal di tingat 2, namun dengan pemandangan sawah padi yang indah menyejukkan hati setiap kali memandangnya. Itulah antara pekara yang ingin aku kongsikan bersama dalam memori 2010 ini

No comments: