kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Monday, January 17, 2011

OH GAJUS KAK LONG

Ahad, 16hb Januari 2011- Dua hari sebelum cuti beday Sultan Kedah, aku terima SMS dari kak long. Kak long minta aku belikan gajus. Jadi, semperna cuti beday Sultan Kedah hari ini, aku dan hubby pergi ke Padang Besar untuk memenuhi permintaan kakak ku sayang..hehehe
Di pagi hari, ku tanyakan aktiviti hubby..almaklum la, keje dreba ni payah. Ada saja orang booking dia walaupun semasa cuti. Dia kata dia free sehingga pukul 1 petang. Aarghhh.. apa nih, mana cukup masa untuk ronda-ronda Padang Besar dalam tempoh 2 hingga 3 jam, tu belum tolak lagi masa yang akan dihabiskan dalam perjalanan nanti. Aku try bodek lagi…bodek punya bodek, akhirnya dia extant sehingga pukul 3 petang. Huray la aku..ngegegege.
Masih ingat lagi, hampir pukul 11 pagi kami bertolak dari rumah untuk ke Padang Besar. Di dalam kepala telah mengambar suasana Padang Besar yang terdapat pelbagai gerai jualan. Tak sabar pula nak tawaf Padang Besar ni!


“Meh kunci kereta putih..” Hubby berkata.
“Erm, stesyen minyak mana paling dekat dari rumah ke sana nanti? Minyak tak isi lagi” Aku bertaya pula.
“Huh..payah! naik kereta hitam tu sajalah. Yang putih tu payah..nak shell saja yang lain tak nak!” Balas hubby. Aku terseyum dengan jawapan yang diberi. Memang aku akui, sukar sedikit untuk memilih stesen minyak kerana jaraknya terlalu jauh dari pekan dan hanya ada stesen minyak yang kecil-kecil sahaja.
Dalam perjalanan dari Kodiang menuju ke Padang Besar mengikut jalan Kodiang – Arau agak sukar sedikit kerana sepanjang jalan masih dalam pembinaan untuk naik taraf dari 2 line ke 4 line tetapi oleh kerana dikelilingi sawah padi, terhibur juga hati ini. Dalam berhati-hati suami ku memandu, tiba-tiba sebuah lori tanah tanpa muatan bernombor plat NA*3**2 masuk ke laluan kami yang datang dari arah kanan kami. Aku tergamam (rasanya tergamam sehingga tak bersuara) melihat lori itu terlalu seolah-olah benar-benar berada didepan mataku. Apa yang aku mampu hanya menelan air liur sambil melihat tayar lori yang besar semakin rapat di depan mataku. Tanganku menggengam erat seat sofa. “habislah!” bisik hatiku. Mujur suami mengelak ke bahu kiri jalan. Alhamdulillah terlepas kami dari tayar lori tu. Dalam kereta masih bergerak, tiba-tiba aku ternampak parit di sebelah bahu jalan, kereta menuju ke parit. “erghh..astagfurrullahal a’zim, parit!” bisik hati ku. Aku seolah-olah hilang darah dibuatnya. Kemudian, suamiku mengekalkan posisi kereta seiring dengan lori. Kini kereta kami betul-betul berada di atas bahu jalan yang tidak rata dan di penuhi dengan batu-batu besar. Kereta masih bergerak. Suamiku sedikt pun tidak menekan padel break. Aku tahu mengapa dia berbuat begitu. Terhoyong hayang jugak aku dalam kereta “minta jangan ada lopak dalam atau longkang atau parit yang memutuskan bahu jalan ni, jika ada, kali ini betul-betul habis!” doa dari hati ku. Alhamdulillah, sekali lagi kami terselamat. Mujur tiada halangan ngeri dibahu jalan melainkan jalan yang tidak rata itu sahaja dan parit yang aku lihat tadi mujur tidak panjang tetapi dalam juga tu, jika terbabas ke dalam parit tersebut rasanya kami teruk.
Marah, memang perasaan marah menyelubungi hati kami berdua. Macam-macam perkataan manis seperti bod**, gil*, b*ta nak terkeluar dari mulut ku tapi ku pendamkan dahulu. Suami ku memintas lori tersebut melalui bahu jalan tersebut. Setelah memintas dia menghulurkan tangan kanannya keluar tingkap sambil menunjuk isyarat fuck ke pemandu lori itu. Entah macam mana, lori tersebut pada asalnya telah 50 meter kami tinggalkan telah merapati kereta kami dan memberi isyarat untuk berhenti ditepi jalan.
“Abang nak berhenti sekap. Lori tu suruh berenti” tiba-tiba hubby bersuara.
“Ish, janganlah…”aku menjawap “Pemandu tu melayu atau india?”aku bersuara lagi
India
India? Janganlah, nanti macam-macam pulak jadinya!”
“Eh, bukan india, tetapi melayu”
“Conform?”
“Ye”
“Ikut suka abang la” aku mengakhiri perbincangan kami.
Seelok sahaja kereta kami berhenti, pemandu lori itu meluru ke arah kami. Memang melayu. Telah berusia. Pelik, mengapa pemandu lori tu ajak suamiku berhenti kereta di tepi jalan. Sedangkan yang salah adalah pemantu lori tu. Atau dia saja nak serah diri untuk dimarahi. Cetus minda ku. Tetapi semua yang aku fikirkan itu salah. Malah sejurus kaki suamiku jejak tanah sahaja suamiku dimarahinya.
“Awat? Nak cari gaduh ka? Nak kena penumbuk ka?” antara kata-kata yang aku dengar dari pemandu lori itu. “Awat hang tunjuk fuck kat aku? Nak cari gaduh sangat? Nak rasa penumbuk nih ka?” antara kata-katanya yang masih aku ingat lagi. Suara suamiku, aku tidak kedengaran mungkin kerana aku terlalu tumpu pada kata-kata pemandu lori itu. Pemandu lori itu betul-betul hampir dengan suamiku dan aku nampak dengan jelas dia mengengam erat tapak tangannya (penumbuk) dan menunjuk ke arah suamiku. Aku yang masih dalam kereta berfikir apa yang patut aku lakukan. Takkan aku biarkan pentekaran itu berlarutan. Bagaimana jika benar pemandu lori itu benar-benar menumbuk hubbyku? Tak boleh jadi ni. Aku patut meleraikannya. Tapi bagaimana? Aku hanya seorang perempuan bertubuh kecil. Pemandu lori itu pula, tinggi, berbadan sasa. Gurun pulak aku dibuatnya. Bila difikirkan lagi jika benar-benar hubby ditumbuk, lagi parah aku. Ku terpandang telefon bimbit ku. “polis!” bisikku. Aku keluar dari kereta dan ingin menuju ke suamiku. Belum sempat aku melangkah, pemandu lori itu pun berundur 4 langkah dari suamiku. Kemudian ku mendengar pemandu lori itu bersuara lagi.
“Hang tak nampak ka, aku dah beri signal?”
Binggung sekejap aku dibuat pemandu lori itu. Kenapa tiba-tiba isu signal keluar dari mulut dia. Padahal pada awal, dia sakit hati kat hubby disebabkan isyarat fuck.
“Kenapa bagi signal saja, kenapa tak berhenti?” aku bersuara walaupun aku masih binggung. Tetapi kerana marah aku dengan apa yang dia lakukan tadi dan ugutan untuk menumbuk hubby masih meluap-luap dihatiku aku teruskan melawan.
“Aku dah bagi signal awal lagi, takkan korang tak nampak?” pemandu lori itu bersuara sambil melangkah merapati lorinya
“Kereta kami dah dekat, mana sempat nak break!” antara ayat yang benar-benar aku dengar dari mulut suami ku.
Pangggg!!!! Tangan kiri ku menepuk bonet depan kereta dengan kuatnya. “Bagi signal sahaja? Kenapa tak berhenti?...” nada aku semakin deras namun kata-kataku terbantut disitu sahaja kerana pemandu lori itu terus menuju ke lorinya tanpa mengendahkan kami.
Arghhh…aku tak puas hati. Mengapa pemandu lori tu cepat sangat beredar? Belum sempat aku nak luahkan perasaan marah aku pada pemandu lori tu mengenai ugutan tumbuk atas sebab hubby beri isyarat fuck pada dia, dia dah cabut lari! Huh!!!! Dasar pengec**!
Aku dan hubby masuk balik kedalam kereta. “Abang nak pergi buat repot!”
“Kenapa?”
“Dia kata kalau tak puas hati, pergi la repot” jawap hubby ku. Eh, bila pemandu lori itu berkata demikian? Ish! Dahsat sungguh aku bila dah marah, sehingga setiap kata-kata hubby dan pemandu lori tu berkata aku tidak perasan.
“Pergilah” jawap aku.
Sampai di IPD Polis Arau, aku tidak pasti nama pegawai tersebut. Dia menasihatkan kami untuk membuat repot ke IPD Trafik Arau kerana menurut katanya, aduan yang kami hendak buat ini melibatkan kes trafik. Jika kes umum mereka akan menerimanya. “Ok, tidak mengapa, janji boleh pergi repot” bisik hati aku. Setiba di IPD Arau, En. Idris (jika tak silapku) tidak boleh menerima aduan kami. Dan mengatakan aduan kami tidak melibatkan trafik kerana tiada berlaku kemalangan dan dia menasihatkan kami balik ke IPD Polis Arau atau Mata Ayer untuk membuat aduan. Erm…dah seperti main tarik tali pula. Hubby hampir berputus asa. Berbelah bahagi, hendak meneruskan atau tidak membuat repot.
“Apa tujuan abang nak buat repot sebenarnya?” aku bertanya
“Tak nak bagi pemandu lori itu tidak kurang ajar lagi kat sesiapa pun”
“Abang nak repot sebab dia tunjuk penumbuk atau sebab kita hampir kemalangan?”
“Ke dua-duanya jika boleh”
“Ikut kata En. Idris tadi, jika tidak berlaku kemalangan, maka kita tidak boleh buat repot di IPD Trafik. Lagi pun, kita bukan nak claim apa-apa kan?
“Ye”
“Jadi?”
“Buat aduan sebab tunjuk penumbuk tu lah.” Hubby membuat keputusannya.
Oleh kerana IPD Polis Mata Ayer berdekatan dengan IPD Trafik Arau, kami ke IPD Polis Mata Ayer untuk membuat laporan. Selesai memberi keterangan, kami pun meteruskan niat utama kami untuk ke Padang Besar. Beli gajus yang kak long kirimkan tempoh hari. Nak ronda puas-puas tu tak berkesempatan kerana kesuntukan masa. Erm..terbantut lagi niat aku untuk meronda puas-puas di Padang Besar tu. Tidak mengapalah, mungkin ada rahmat di sebalik kejadian. Sekurang-kurangnya kami terselamat dari berlakunya kemalangan, sekurang-kurangnya hubby tidak ditumbuk oleh pemandu lori yang blurr tuh! Itu telah memadai, teramat memadai. Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran ke atas Mu Ya Allah kerana kami terselamat dari bencana yang tidak di ingini ini. Amin.
Dalam perjalanan pulang, aku bertanya pada hubby “Mengapa pemandu lori itu cepat sangat nak beredar bila saying keluar dari kereta?”
“Entah, tapi abang nampak dia macam terkejut bila tengok sayang keluar tadi. Tambah lagi time sayang tepuk bonet depan kereta tadi” jawap hubby.
“Lor..sayang ingatkan orang lelaki ni tercabar bila perempuan tengking, ni terbalik kuang lak! Kalau ikut asal, sayang ingat nak keluar nak sembur dia, pasai fuck dia sanggup nak tumbuk-tumbuk orang. Kalau dia masih angin jugak, sayang nak telefon polis depan abang dan dia. Tapi dia cabut awai lak terus terbantut!”
“Entah, mungkin dia tu jenis takut bini kot. Jadi, bila nampak perempuan tengking dia jadi dia pun takut la”
Hahahaha, hati kecil ku ketawa mendengar jawapan itu.
“Sayang masih tak puas hati la dengan dia. Kenapa dia marah sangat isyarat fuck tu. Kenapa dia tak fikir marah kita kat dia yang kita ni hampir-hampir terposok bawah lori dia, yang hampir-hampir masuk parit? Awat, dengan isyarat fuck tu boleh buat dia sakit jantung? Boleh buat dia ma*i? Abih yang dia tu terus masuk jalan tak tengok ada kereta ke idak tu tak teruk ke? Sebab fuck tu saja dia ajak berenti dan ugut nak tumbuk? Huh! Cetek fikiran sungguhl!” aku meluahkan rasa tidak puas hatiku.
“Itulah, sikit lagi saja berlaku kemalangan. Nak break, kereta kat belakang ada, cucuk rapat lak tu. Tak break, kompom duduk bawah lori. Tu yang abag ikut bahu jalan tu, lepas tu tak tekan break lansung. Kalau tekan memang terbabas masuk parit tadi sebab jalan penuh dengan batu-batu.” Balas hubby.
p/s: sehingga sekarang aku masih tidak mengerti. Masih tidak faham mengapa ramai yang hilang kesabaran apabila isyarat tangan fuck ditujukan kepadanya. Kenapa????

2 comments:

AbahAlong said...

garang juga ain ni ye....hahahahah

nurAIN a.k.a iM said...

like<-- cam kat FB. hehehe