4 hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Wah, panjang tu. Puas ni jika berada dikampung halaman pada cuti yang panjang ni. Tambahan pula aku diberitakan bahawa semua adik beradikku turut pulang. Lagi membuat aku teruja untuk pulang ke sana. Jika dihitung, 3 hari sahaja lagi saat-saat yang dinantikan. Tak sabar rasanya hati aku sehingga aku teriang-iang lagu “balik kampung” dimindaku. Maka, pada cuti umum itu aku dan suami telah membuat keputusan untuk pulang ke kampungku. Kami bercadang akan bertolak pada hari selasa selepas habis kerja. Erm…tak sabarnya!
Sungguhpun hanya tinggal 3 hari sahaja. Tetapi banyak sangat dugaan yang perlu aku tempuhi. Di pejabat, time-time camnilah kerja urgent yang muncul. Risau jugak aku. Jika aku gagal menyiapkan semua kerja tu dalam 3 hari ini, alamatnya niat aku untuk balik kampung terpaksa berkubur di opis sahaja la.