kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Monday, March 14, 2011

Singapore??

4 hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Wah, panjang tu. Puas ni jika berada dikampung halaman pada cuti yang panjang ni. Tambahan pula aku diberitakan bahawa semua adik beradikku turut pulang. Lagi membuat aku teruja untuk pulang ke sana. Jika dihitung,  3 hari sahaja lagi saat-saat yang dinantikan. Tak sabar rasanya hati aku sehingga aku teriang-iang lagu “balik kampung” dimindaku. Maka, pada cuti umum itu aku dan suami telah membuat keputusan untuk pulang ke kampungku. Kami bercadang akan bertolak pada hari selasa selepas habis kerja. Erm…tak sabarnya!

    Sungguhpun hanya tinggal 3 hari sahaja. Tetapi banyak sangat dugaan yang perlu aku tempuhi. Di pejabat, time-time camnilah kerja urgent yang muncul. Risau jugak aku. Jika aku gagal menyiapkan semua kerja tu dalam 3 hari ini, alamatnya niat aku untuk balik kampung terpaksa berkubur di opis sahaja la.




    Aku ingat hanya dugaan di opis sahaja, rupa-rupanya di rumah pun sama. Aduh! Dugaan sungguh bila nak balik kampung ni. Ceritanya bermula selepas waktu bekerja, aku pulang ke rumah seperti biasa. Setiba dirumah, suamiku memberitahu pada hari selasa tersebut dia terpaksa bekerja lebih masa. Dia ditugaskan untuk menghantar pelajar-pelajar ke perhentian bas ekpress di Jitra pada malam itu. Ergh, apa? Kerja lebih masa? Pada hari nak balik kampung pulak tu!!! Huh! Kacau! Rosak! Fikiran aku berkecamuk. Serabut. Camna planning balik kampung ni nanti? Takkan kene balik hari rabu? Kompom hari rabu mula jalan sesak. Bila dah sesak, pukul berapa baru boleh sampai ke kampung? Jika lewat tiba, sia-sia sahaja la cuti umum pertamaku itu nanti. Tensionnya. Hanya ketidak puas hatiku jelas terpancar dimukaku. Semua keseronokan yang aku gambarkan sebelum ini hancur berkecai begitu sahaja. Oh, tidak!!!!

    “Awak OT sampai pukul berapa?” tiba-tiba aku bersuara

    “Sampai pukul 10 malam kot” Jawabnya

    Apa? 10 malam? Lewatnya. Kali ini memek muka aku semakin jelas menunjukkan ketidak puasan hati aku. Mana idaknya, aku dah terlalu teruja untuk balik kampung. Terbayang wajah ibu, opah, kak long, abang ngah, che de, ateh, acik dan acu serta anak-anak buah aku! Tak sabar rasanya dihati untuk bertanya kabar berita dan bergurau senda bersama mereka. Semenjak aku telah berkeluarga, sukar sedikit untuk kami berkumpul beramai-ramai sekeluarga.

    “Dah tu camne hari selasa ni. Bukan ke kita balik kampung pada hari selasa tu”  Aku bersuara lagi.

    “Ala, lepas hantar budak-budak tu kita balik la.” Jawap suamiku sambil senyum melihat gelagat aku.

    “Betul?” Reaksi aku mula berubah, dari moody kembali ceria. Senyum lebar aku, jika boleh aku nak senyum sehingga ke telingga bila aku mendengarnya. Ahaks! Ni yang buat aku bertambah sayang pada suamiku ni. Hehehe…

    “Betul, tapi dengan syarat malam tu awak teman saya bawa budak-budak tu. Abang bawa bas masa  hantar mereka tu nanti.”

    Aitt..ada syarat-syarat pula. “Ish…muat ke kalau saya naik sekali?” Aku seolah-olah mengelak pelawaannya.

    “Muat… jika bas tu penuh, duduk je la ditangga. Nak takut apa, pintu bas tertutupnya” suamiku memujuk aku lagi. Aku masih belum member kata putus.

    “Nak balik malam tu ke tak nak? Kalau nak, teman saya” Suamiku beri 2 pilihan kepada aku. Nak tak nak aku terpaksa terima juga pelawaannya. Sebenarnya aku malu nak teman. Sebab aku masih belum mengenali guru-guru atau pelajar-pelajar di sekolah suamiku bekerja. Erm, pemalu juga aku ni rupanya.

    “Bukan apa, awak tu belum penah merasa dan tengok saya bawa bas kan! Tu yang saya nak awak temankan saya selasa tu nanti.” Suamiku bersuara lagi. Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya itu sambil mengangukkan kepala tanda setuju.

    Hari selasa telah tiba. Inilah hari yang aku dinanti-nantikan. Alhamdulillah, semua kerja urgent telah selamat aku selesaikan, lapang dada aku. Pada hari itu, aku minta pulang awal sebab nak packing barang-barang keperluan untuk dibawa pulang. Huhuhu..teruja aku sewaktu packing barang-barang tersebut sehingga makan pun aku tak lalu. Perut ni terasa kenyang sahaja.

    Pukul 8 malam. Deruman ekzos bas kedengaran di depan pagar pintu sekolah. Seperti dijanjikan aku pun teman suamiku menghantar pelajar-pelajar ke perhentian bas ekpress di Jitra. Mujur tak ramai pelajar yang terlibat. Jadi aku dapat duduk di seat duduk penumpang, maka tak perlulah aku duduk di atas tangga bas. Hehehe, control ayulah katakan.


Dalam perjalanan, aku amati bagaimana suamiku memandu bas. Dari apa yang aku amati cara dia membawa bas. Sedikit pun dia tidak berasa kekok atau teragak-agak memandu bas. Jadi, kepada sesiapa yang naiki bas dia, tak perlu risau atau was-was dengan keupayaannya memandu bas. Setiba di kawasan perhentian bas ekpress. Suamiku terus membawa bas ke tempat parking bas ekpress.

    “Eh, kenape abang selamber kodong pergi parking dilorong bas ekpress berhentin? Jika ada bas ekpress yang lain sampai nanti tak kacau bas ekpress tu nak  paking ke?”  bisik hatiku.

    “Erm.. sekejap sahaja kot” aku cuba sedapkan hati aku.

    Semua pelajar telah turun, begitu juga suamiku. Dia turun untuk memastikan semua pelajar berada dikawasan yang selamat. Kini tinggal aku seorang di dalam bas. Sambil menunggu suamiku menaiki bas semula, aku memerhati orang ramai disekitar kaki lima hentian bas. Ramai orang lalu-lalang mencari-cari bas yang akan mereka naiki. Tiba-tiba aku tertumpu seorang lelaki berkulit gelap, badan sasa, berbaju kemeja bercorak kotak-kotak dengan kemas seperti orang keturunan mamak sambil memegang kertas berdiri didepan bas yang aku naiki. Aku fikirkan lelaki tersebut sedang memegang list senarai bas-bas yang akan tiba. Lelaki itu memandang bas ni dari atas kebawah, selepas tu dia lihat list ditangannya.

    “Dia mungkin penjaga kawasan bas ekpres disini nih” hati aku berbisik lagi dan mataku tidak beralih dari melihat lelaki itu. Aku lihat dia ke kiri dan ke kanan bas.

 “Alamak, dia mesti marah sebab bas ni parking disini” bisik aku. Tiba-tiba dia menaiki bas. Hatiku mula tidak sedap. Adus! Apa aku nak jawap nih kalau dia menanyakan kenapa bas ni parking disini. Mana suamiku? Time-time camnilah dia menghilang! Ergh!!!! Ketar lutut nak menjawap nih.

    Lelaki itu memerhati dalam bas. Dia lihat tempat pemandu, tiada orang. Kemudian dia lihat tempat penumpang. Hanya aku sahaja di situ. Dengan bedebar aku memerhati gerak-gerinya. Aku seolah-olah nyawa di hujung tanduk sahaja dah pada waktu itu.

    “Huhuhu…bawa bertenang. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Bawa releks. Takda apa-apa tu” bisik hatiku untuk menenangkan aku yang benar-benar ketar lutut.

    “Singapore?” Lelaki itu tiba-tiba bersuara. Aku tergamam. Dia bercakap dengan siapa tu? Dengan aku ke? Habis, jika bukan dengan aku dengan siapa lagi? Sebab aku sahaja yang ada didalam bas tu.

    “Singapore?” Tanyanya sekali lagi. Lidahku kelu tidak berkata-kata, mataku tidak berkelip melihatnya kerana apa yang aku fikir itu semuanya meleset sama sekali. Aku hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala. Rupa-rupanya dia tu, warga asing datang melancong dan nak pergi ke Singapura. Hahahaha... cuak aku tadi tetiba jer ilang. Erm.. bila dipikirkan balik, bas suami aku bawak tu ada rupa bas ekpress ke Singapura ker? Hehehe

No comments: