kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Wednesday, April 6, 2011

mARi kiTa liHat saPe yaNg kEna!!!



Di pagi nan indah, kedengaran suara si camar riang di luar rumah. Aku macam biasa le bersiap nak pergi kerja. Erm..selalunya hubby liat sangat nak bangun pagi. Tapi pagi ni sebelum sempat aku bancuh kopi, dia dah bersiap nak pergi opisnya. Pagi ni kene bawak budak katanya. Hahaha.. patut pun cepat sangat dia bersiap. Ops! terbocor lak rahsia pasai dia.




Masa dah time!...so aku pun mulakan perjalanan aku ke opis seperti hari-hari biasa.


Sesampai di trafigh light simpang tiga ke Kampung Bemban. Adoi! Kene ikut bontot lori la pulak! Boring nyer!!!




Lori tanah kepala kuning 2 biji di depan. Memang selalu jugak terpaksa follow bontot lori ni bila nak pegi kerja. Kakiku dah gatai2 tapi hati dok sabar lagi nih untuk metainkan ke slowan kete. Mata dok asik tengok meter kat dashbord. 40kmh! Adoiii...tak boley tahan macam ni. Takkan nak mentain 40kmh dari simpang tiga ni sampai ke napoh? Huhuhu... tak boley..tak boleyyy!! Erm..hari yang lepas-lepas rasenye takde pulak slow cam ni. Ntah-ntah saje-saje jer dreba ni bawak slow. Saje nak ngenekan aku!





Cis! Nak potong pun tak boley.  Time line clear ja..lori tu ketengah jalan.


Takpe.. ingat aku tak boleh potong deme yer! Jalan ke Napoh kan ada 2 jalan. 1 jalan pintas. 1 lagi jauh sikit..alaaaa...jauh pun tak jauh mana. Cuma beza jarak jalan pintas n jalan yang satu tu hanye 1km jer.. kalau setakat bawak 40kmh. Baik aku ikut jalan jauh tu..huhuhuhu




Lepas jer aku n lori 2 bijik tu berpisah jalan..aku pun pecut. Dengan niat nak potong lori-lori tanah tu..




Hahahaha...mari kita lihat, sape yang kena!!!!




Mujur jalan lengang. Leh la aku mentain speed keta aku. 80kmh jer, mana leh laju-laju.. banyak lubang jalan nih!




Sesampai simpang jalan pintas dengan jalan yang aku lalu..aku jengok-jengok jalan pintas tu..nak tengok sama ada lori tu dah sampai ke belum. Ahaks! Lori tu belum sampai lagi... Hahahaha, aku menang! Tu la tak nak sangat bagi aku potong. Yang tu takpe lagi..ni bawak 40kmh jer! Mana leh tahan. Bukan ada tanah pun lori tu.




Aku pun memperlahankan keta ku..saja menunggu lori tu menghampiri aku. Biar kasi hati deme bengkek! Konon nak bagi hati aku bengkek..tapi, sape yang kene..ekekeke!




Mata ni dok asik tengok kt cermin belakang. Haa!!! Dah sampai pun lori tu..huhuhu..padan muka!




Selepas lori tu dekat ngan aku, aku pun tekan pedal minyak. Dan tinggalkan deme menuju ke opis. Aku teruskan kehidupanku seperti biasa hari tu..




.::sEkiaN::.


No comments: