kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Sunday, April 24, 2011

Tolong ingatkan aku



Tolong ingatkan aku sebelum aku terlupa. Sebelum aku melupakan semua soalanku kepada dia yang telah meranap segala kepercayaan aku terhadap dia.


Tolong ingatkan aku setiap soalan-soalan yang aku kemukakan kepadanya.




Soalan yang bermain di minda ku ketika aku bertemu dengannya.





Soalannya adalah




1.       Sewaktu dalam perjalanan itu,






-          Pernahkah kamu memikirkan tentang harapan dan kepercayaan kami terhadap kamu?






-          Pernahkah kamu memikirkan tentang maruah dia yang mak dan abah bina sewaktu dia sebesar tapak tangan sehingga sekarang dengan tulang 4 kerat, dengan penat lelah mereka, dengan tanpa jemu akan musnah dengan sekelip mata dengan perbuatan kamu itu?






-          Pernahkah kamu memikirkan sama ada kamu sanggup atau tidak untuk memberitahu kami secara berdepan dengan setiap perbuatan kamu ini yang sehingga boleh memusnahkan maruah kami?


-          Pernahkah kamu memikirkan bahawa kamu akan mencuri semua hak dan tanggungjawap kami terhadap dia?






-          Apakah sebenarnya yang kamu fikirkan sewaktu dalam perjalanan itu?






2.       Sewaktu kamu ingin melafazkan 'nya',






-          Pernahkah kamu memikirkan tentang harapan dan kepercayaan kami terhadap kamu?






-          Pernahkah kamu memikirkan tentang maruah dia yang mak dan abah bina sewaktu dia sebesar tapak tangan sehingga sekarang dengan tulang 4 kerat, dengan penat lelah mereka, dengan tanpa jemu telah musnah dengan sekelip mata dengan perbuatan kamu itu?






-          Pernahkah kamu memikirkan sama ada kamu sanggup atau tidak untuk memberitahu kami secara berdepan dengan setiap perbuatan kamu ini yang sehingga telah memusnahkan maruah kami?


-          Pernahkah kamu memikirkan bahawa kamu telah mencuri semua hak dan tanggungjawap kami terhadap dia?






-          Apakah sebenarnya yang kamu fikirkan sewaktu kamu ingin melafazkan 'nya'?






Aku tetap menunggu jawapan itu. Aku mengerti aku hanya manusia biasa, mudah lupa dan alfa. Jadi aku mohon tolong ingatkan aku.




Tolong ingatkan aku dengan setaip kata-katanya bahawa “hari pertama abah sakit, dia ingin menceritakan niatnya kepada arwah. Tetapi keadaan tidak mengizinkan". Jadi dia teruskan niatnya dengan membelakangkan kami.






Tolong ingatkan aku, bahawa aku menanti jawapan dia kepada soalan aku “Memang yang pergi tetap pergi. Tetapi kami yang hidup ini adakah telah berkubur bersama arwahkah? Adakah kami yang hidup ini telah mati bersama-sama arwah?” Namun terdetik didalam hati aku, panjat kesyukuran arwah tidak sempat menanggung derita lagi dari perbuatan anak-anaknya yang hanya mementikan diri sendiri.




Tolong ingatkan aku bahawa dia rela dihukum dari aku. Dia benar-benar rela dihukum dari aku kerana aku pernah menanyakan kepada dia “adakah dia akan menyesal jika aku menghukumnya?” dan dia berkata “apa saja kamu ingin buat-buatlah, hukumlah aku, aku rela jika itu yang buatkan kamu boleh maafkan aku”




Bagi aku menghukum dengan kekerasan sudah tiada gunanya lagi, jadi hanya satu aku minta “kembalikan maruahnya!” tetapi mengapa dia tolak mentah-mentah permintaan aku itu?


No comments: