kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Monday, January 23, 2012

Yassin

      Sejak 2 menjak ni..aku tak tau ngape. terasa sayu sangat..mungkin aku rindu pada abah kot..Jadi, aku baca tahlil untuk abah setiap selepas manghrib.

      Tapi, hari ni aku rasa lagi pelik..aku rasa macam sunyi, kosong..tak tahu kenapa..masuk saja waktu maghrib, aku terus sembahyang dan baca surah Yassin serta surah-surah lain. Moga-moga perasaan itu hilang. seelok-elok aku habis baca, Waktu Asar pun masuk. Wuduk ada lagi. aku terus sembahyang Isyak. dalam rokaat ke dua. tepon bebunyi dan tak dijawap. selang beberapa saat kemudian, tepon tu berbunyi lagi..kali ni hubby tolong jawap.



      Sesudah habis aku sembahyang, hubby cakap "Kak Rod suh tepon dia balik.." "Pelik" bisik hati aku..ada kerje urgent kot.. Aku terus tepon Kak Rod.

     "Assalamualaikum Kak Rod, Ada ape citer?"

     "Ni, ada abang zul atau sesapa bagi tau apa-apa tak?"

     "takde la pulak"

     "Ada berita sedih ni..Syafiq dah meninggal"

     "Syafiq?"

     "Ye, Syafiq...FT kita tu..dah meninggal petang tadi"

     "Innalillah... , sakit apa Kak Rod?"

     "Lemas la kot..sebab Cikgu Ruby bagi tau kat Yusri Syafiq pegi mandi kat Puncak Janing. Ni sekarang mayat dok ada kat hospital Kuala Nerang lagi.. ni, takpa la..kamu tolong bagi tau kawan-kawan yang lain sekali ye..Kak Rod tepon depa semua..Tapi tak dijawap. Kak Rod ada kat Alor Setar ni.."

    "Takpe la..nnti saya bagitau kat depa.."









Alfatihah buat Arwah Mohd Syafiq (12.11.1987 - 23.01.2012)
http://www.facebook.com/mohdsyafiqnordi

No comments: