kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Wednesday, April 4, 2012

kecoh!!

Pergh!!.. Pagi-pagi lagi dah kecoh kt opis. Mana idaknye, ada berita pasai budak kat sekolah ni meninggal sebab gaduh kat sekolah. Ape lagi, cikgu kaunseling kalut tepon waris budak tu tapi tepon di offkan.

Masak la camtu.. Dah la pengetua takde hari ni. Penolong kanan pun takde.. PK HEM pun takde..adoiii..

Dok harap kat PK Koko jer la..



Tambah kecoh bila ada sekolah-sekolah lain tepon sekolah ni menanyakan hal tu betui ke tak.. Cepat sungguh berita ni tersebar. camne leh tesebar, Waallahhualam...

Memang tabek spring la kat PK Koko ni. Dia dapat handel kes ni dengan macho sekali..huhuhu

Sebenarnya dia pening jugak nak setelkan kes ni.. Ye la, bila waris gagal dihubungi.. khabar angin ni pun dak tersebar luas... takkan benda camni dia nak ambek ringan jer..tui tak?

Dia pun try pulun tepon member-member budak tu. try tanya tui ke tak citer tu. Huishh..meningal sebab gaduh kat kawasan sekolah, perghh kes gila tu. jenuh cikgu-cikgi nak jawap dengan pihak atasan.

Member-member budak tu pun tak tau citer tu betui ke tak.. Jd, PK Koko pun pesan kat deme kalau jumpa budak tu, suh dia datang sekolah.

Oh ye, lupa pulak.. sekolah ni ada 2 sesi, sesi pagi dan sesi petang. Dan budak tu lak belajar sesi petang.

Berbalik pada citer tu, PK Koko yang bijak dan macho tu pun try cari ikhtiar lain.. dia try tanya balai polis. Menanyakan mana tau kot-kot ada orang buat laporan kes kematian. Tengah-tengah dok sembang dengan pegawai balai polis tu, tiba-tiba cuihh budak dengan abangnye tu depan PK Koko.

"Ha..betui ke kamu mati ni? kalau betui..saya nak lari!" PK Koko menanyakan kat budak tu.
"Ada lebam-lebam tak?" Nanya PK Koko tu lagi.

Budak tu hanya mengelengkan kepala..

"Ha, meh masuk bilik saya." arah PK Koko pada budak tu.

 Pastu, tak semena-mena, adala wartawan akhbar datang sekolah. Tapi, dia gagal dapat maklumat ape pun. Sbb dia tak di benarkan masuk sekolah dan dengar khabarnyer, wartawan tu dah pegi ke bilik mayat untuk mengesahkan berita pasai seorang budak sekolah meninggal pasai begaduh.

Erm.. macam-macam la yang belaku kat sekolah ni.. Kira, glamer jugak sekolah ni ek.. berita ni sampai di sekolah lain dulu sebelum sekolah ni tau citer sebetuinyer..Ahaks!!!

2 comments:

jiwakaca said...

ceh!!!!x menarik pn cite ni...

jiwakaca said...

ceh!!!!nyesal aku bace..