Bila dia sembang-sembang dengan jiran dia. Dia selalu
mengeluh “kalau aku dah tak boleh nak buat ibadah, minta Allah ambil nyawa aku”.
“Iya la, kalau telantar atas katil saja,
buat pa.. anak-anak pun susah nak bela kita” katanya lagi.
Dan kata-kata itu jugalah yang aku dengar untuk kali
terakhirnya pada sabtu lepas, masa aku balik kampung. Masa tu, dia kelihatan “sihat-sihat
orang sakit” (nak kata sihat…tapi tak berapa sihat. Nak kata sakit, tapi boleh
gagah-gagah lakukan aktiviti seharian) datang ke rumah menanyakan setting tepon
bimbitnya. Lama jugak kami bersembang. Sambil-sambil tu aku dan jo try and
error tepon bimbitnya.
Dia pun sempat melihat-lihat anak jo dan jail. Yang tak
lupa.. bila dia tegur anak2 tu, si Darwishy menanggis takut.. comel la pula
tengok muka Darwishy tu.
Semalam, ada berita kurang gembira tentang dia. Mak kata dia
masuk hospital Ipoh. Keadaan dia agak tenat. Di hospital tu dia dah mula tak
sedarkan diri.
Dan baru sebentar tadi, yan tepon beri berita sedih jugak.
Kini dia dah tiada lagi di dunia ini. Insyallah esok dia
akan di kebumikan di tanah wakaf batu dua kampung Sungai Kroh.
Dia, Haji Salleh, Imam kampungku. Setiap petang, jika dia
tiada aktiviti, aku selalu dengar dia mengaji sambil menunggu maghrib. Bila
bulan puasa pula, aku selalu dengar dia mengaji selepas subuh sehingga waktu
dhuha.
“Ya Allah, Engkau permudahkan segala pengurusan jenazah atok
salleh, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama
orang yang beriman. Amin”
Terasa seperti aku makin menghampiri kematian ku.
No comments:
Post a Comment