kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Tuesday, January 7, 2014

Mengamit Rindu - tunggu anak abis sekolah

Time kepenatan seharian berkerja. Aku melangkah lemah menuju ke keta. Nak pulang sambil didalam minda dok pikir macam-macam agenda yang perlu dibuat lepas ni. Menarik nafas panjang tanda aku mengeluh sorang-sorang..

Sesampai di luar pintu utama, aku lihat sorang ayah baru sampai untuk tunggu anaknya yang akan habis belajar pada pukui 6 petang. Sedangkan pada waktu tu baru sahaja pukui 5 petang. Wah! rajin si ayah tu datang awal. Ermmm.. rajin ker? aku rasa macam tak sesuai ja perkataan tu untuk dia. Bertanggungjawab kot.. baru sesuai dengan keringat yang si ayah lakukan tu.. Kalau bertanggungjawab, pukui 5.30 petang pun boleh tunggu anaknya. Ermm.. tak sesuai jugak kot dengan perkataan tu. Tapi perkataan apa yang sesuai untuk si ayah yang sebegitu. Sanggup datang awal menunggu di luar pintu pagar sekolah sorang diri. Sanggup mengorbankan masa rehat, masa free, masa santai dia untuk anaknya.


Secara tak lansung, aku pun teringat pada saat aku kecik dulu. time aku darjah 1 sampai tingkatan 5. Abah tak pernah lewat ambik aku pulang ke rumah. Sungguh!! Betui!! Tak tipu!! kalau dia lewat pun sebab dia lewat balik kerja. Tu pun dari tempat kerja dai terus datang ambik aku.Memang aku nampak jelas tentang hal tu. Tu yang buat aku kagum dengan abah. I love lah abah.. Muuaaahhhh sikit. Hehehe...

Aku sebenarnya respek dengan mereka-mereka (si ayah-ayah) yang macam abah ni. Yer la.. cuba korang bayangkan. 1 jam dok kat motor kat tepi pagar sekolah dok la tercangut tunggu anak deme tu abih belajar. 1 jam tu kalau dia pegi jual air soya kat tepi jalan, silap gaya habis jugak air soya tu. 1 jam tu kalau dia nak buat sembahyang sunat, brape rakaat dia boleh buat? 1 jam tu kalau dia berkebun berapa bijik benih dia boleh tanam? Tapi, apa yang dia buat sekarang.. dia sanggup buangkan masa 1 jam tu untuk tunggu anak dia.. Untuk anak dia yang belum tentu boleh balas balik kasih dia tu.. Untuk anak dia yang belum tentu leh buat dia bangga sehingga ke akhir hayatnya.

Sepekara lagi.. aku pernah merasa menunggu seseorang kat tepi jalan. Ye la dok janji kui 3 petang, tapi kui 3.15 petang tak muncui-muncui. Perghhh!!! seksa sungguh tunggu orang lama-lama nih.Rasa cam nak blah jer.. Tapi abah boleh la sanggup tunggu lama-lama camtu. Tetiba time tu cikgu lambat bagi keluar kelas.. Perghhh!!! mesti terseksa ja deme tu kan?!!

Sayang sungguh abah pada aku.. bukan kat aku jer, tapi adik beradik aku yang lain pun dia sayang jugak..ngegegege

Cuma aku ni lebih sikit la. pasai darjah 1 sampai darjah 3 atau darjah 4 tak silap.. abah mai ambek aku. Pastu tingkatan 5 abah mai ambik aku jugak.. (huhuhu.. kembang idung nih..ekeke)

Sebenarnya bagi aku, besar sungguh pengorbanan abah. Memang sukar untuk membalasnya. Semoga Allah mengangkat tinggi martabat abah. Ameen.




~ Al-Fatehah utk Abah ::18.12.1947 - 06.06.2010 ::

No comments: