kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Monday, March 24, 2014

Anak nak Periksa?!!

As salamu'alaikum semua. Ramai ibubapa yang minta tips nak bantu anak hadapi PMR/3P ngan SPM. Antara perkara yang ibubapa boleh buat:

1. Segerakan solat, solat taubat, hajat & banyak berdoa

2. Ingatkan anak jaga ibadah

3. Pesan anak solat taubat, hajat, istighfar & istikharah utk mudah ingat & dpt jwb soalan

4 .Pesan anak maafkan & doakan guru & kawan-kawan

5. Pastikan rezeki yg di bawa balik HALAL

6. Bentuk suasana yang harmoni agar anak selesa belajar

7. Suruh anak belajar dgn tekun & nyatakan ibubapa redha dengan result yang akan di dapati. Ini kurangkan stres anak

8. Amalkan sunnah harian:
  - Segerakan solat
  - tidur mengiring ke kanan utk tingkatkan IQ
  - bangun tidur senyum & terus berdoa
  - elak kencing berdiri utk kuat ingatan & pandai
  - makan buah dulu sebelum sarapan, mkn thari & malam
  - masuk rumah & kelas dengan Bismillah
  - beri salam & kaki kanan dulu

9. Amalkan sunnah belajar:
  - Doa penerang hati termasuk al Insyirah
  - mula belajar dengan senyum
  - duduk di kerusi menghadap ke Qiblat (jgn belajar duduk di lantai atau atas katil!)
  - bubuh pewangi dalam bilik belajar
  - warna yang sesuai utk bilik belajar - hijau & kuning (atau warna lembut yg lain)
  - bubuh pokok kecil atas meja untuk supply oksigen

10. Pastikan anak sarapan pagi, sebab 80% pelajar tak suka sarapan, macam mana nak score dalam exam

11. Buat atau cari air penerang hati

12. Ibubapa cuti, puasa, solat hajat, baca Quran & doa semasa anak ambil exam

13. Tawakkal kepada Allah.


 Moga berjaya, wassalam.

No comments: