Kali pertama time nak pegi opis.. mujur lie tak bawak bas. Kalau tak..pening jgak. Mana idaknya, masa mula2 bawak meter temperature ok jer..tapi tak semena-mena tiba-tiba ja meter tu rapat naik atas..meter tu rapat naik atas.. mujur heat tak bengkok. Terbang RM100++.
Kali kedua, time nak balik kampong. Sampai Juru, si puteh buat hal lagi. Time tu im bawak kete sorang-sorang jugak. Erm..nasib badan. Tepon Lie untuk dapatkan bantuan.. Mujur Lie ada member yang tau pomen belah-belah itu..
Kali ni, paip sambungan dari enjin nak kemana ntah tu yang bocor. Paip tu kecik ja.. Terbang RM80. Malam jugak sampai kampong.
Yang last sekali, masa nak balik “mengunjung” (delek kedah) jenazah Nyah. Si puteh buah lah masa sampai kat ipoh. Kali ni, heat bengkok. Mujur kete leh jalan sampai kat kedai pomen.. kalau tak..erghhh…modai nak towing tu..
Masa tu sampai kat kedai pomen cina.. tapi tengok kete banyak. Jadi, nak try pegi bawak ke pomen melayu. Udah si puteh tu tak leh nak start..erm..jawapnye kene jugak tinggal kat situ.
Im terkandas di Perak selama 4 hari. Masa di Perak, famili syorkan Im tukar kete lain.
Im hanya tersenyum tanda tidak mahu jual lagi si puteh tu. Kalau fikirkan pasai tukar kete ni..rasanya, belum sampai seru lagi.
Bagi Im, kalau Im beli keter baru, rasa seperti “kosong”. Tiada tujuan. Tiada keistimewaan. Sebab tak dapat nak bagi abah naik keter tu. Tak dapat nak kongsi harta hasil dari Im dengan abah termasuk famili.
Bukan itu sahaja, jika Im jual si puteh. Habis ilang semua kenangan antara Im dan abah dengan si puteh tu. Hanya si puteh tu sahaja satu-satunya harta yang tinggal yang Im dapat kongsi kegembiraan Im dengan abah dan famili Im. Kalau macam rumah (tempat im tinggal) famili im dapat “tumpang senang”. Tapi, abah tak sempat nak merasanya.
~Al-fatihah untuk Abah. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment