Masa on the way pegi kerja, tiap-tiap 7.45pagi, kompom aku dengar Kedah FM. Sekmen cuit-cuit yang disampaikan beberapa ustad atau pakar motivasi.
hari ni nyer citer:
1 famili ni naik kereta, dalam perjalanan ada seorg tahan keta tu..dia nak tumpang
Orang A: boleh saya tumpang keta?
Ayah: Kamu siapa?
Orang A: saya wang a.k.a duit
Ayah: anak, camna? Nak tumpangkan ka?
Anak: tumpangkanlah, sebab tu duit. Klu kita ada duit, kita boleh beli apa saja
Jadi ayah pun tumpangkan duit tu.. maka mereka pun teruskan perjalanan dengan gembira sebab duit ada bersama mereka. Tak lama kemudian, seorang lagi tahan kereta nak tumpang.
Ayah: Kamu siapa?
Orang B: Saya kuasa a.k.a pangkat a.k.a kemewahan. Boleh tumpangkan saya?
Ayah: Anak, camna? Nak tumpangkan ka?
Anak: Tumpangkanlah, rugi tak tumpangkan. Nanti nak kemana-mana senang. Kita ada kuasa, kita boleh buat apa saja.
Ayah pun tumpangkan kuasa naik kereta mereka. Famili ni bertambah gembira kerana mereka ada duit dan kuasa. Tak lama kemudian, ada orang tahan kereta mereka. Kali ini 3 orang.
Ayah: Kamu siapa?
Orang 1: Saya kecantikan
Orang 2: Saya sihat
Orang 3: Saya glamour, boleh tumpang kami naik keta?
Ayah: Camna nak? Nak tumpangkan ka?
Anak: Tumpangkanlah, rugi tak tumpang. Kalau tak celuih keta, kita leh beli keta lain.. sebab kita ada duit.
Maka family yang gembira ni tambah dan bertambah gembira kerana mereka ada duit, kuasa, cantik, sihat dan glamour. Tak lama kemudian, ada sorang yang kurus tahan kereta mereka.
Ayah: Kamu ni siapa? Nampak kurus sangat, tak segak..
Orang C: saya An-nur. Boleh tumpangkan saya?
Ayah: Anak, camna? Nak tumpangkan ka?
Anak: Jangan ayah. Sebab An-nur ni cerewet. Banyak pantang larang. Itu tak boleh.. ini tak boleh.. Nak makan pun susah. Itu haram.. ini haram.. susah!!
Ayah: Minta maaflah An-nur. Kereta kami penuh. Kami tak boleh nak tumpangkan kamu.
Maka, mereka meneruskan perjalanan tanpa menumpangkan An-nur. Dalam seronok-seronok perjalanan tiba-tiba JPJ tahan kereta mereka.
JPJ: Ayah sila keluar dari kereta. Kamu sudah cukup tempoh untuk meneruskan perjalanan kamu. Tapi kamu boleh ambil seorang untuk teman kamu disini nanti. Dalam Kereta kamu ada siapa?
Setelah ayah keluar dari kereta…
Ayah: Aku ada anak, aku ada isteri, aku ada duit, aku ada kuasa, kecantikan, sihat dan glamour.
JPJ: Maaf, semua tu tak boleh teman kamu disini. Kecuali An-nur.
Ayah: Aku ada jumpa An-nur. Tapi aku tak tumpangkan dia tadi. Boleh aku patah balik untuk ambil An-nur.
JPJ: Tak boleh. Kamu tak boleh berpatah balik.
Ayah: Kamu siapa?
JPJ: Aku maut.
Maka ayah berkata kepada familinya, kamu boleh meneruskan perjalanan tanpa ayah. Sebab tempoh ayah dah habis.. Kini ayah tinggal seorang diri tanpa ditemani sesiapa.
Moral dari cerita ni : Kita boleh Mengejar kemewahan, kecantikan, kuasa, pangkat tetapi jangan sesekali lupa sembahyang.
- Di sedut dari Cuit-cuit Dr.Sukri , Kedah FM : 7.45am
No comments:
Post a Comment