Seperti yang terkandung dalam Surah AL-AN'AAM ayat 160
yang bermaksud:
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat),
maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama
dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas
melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya
(sedikitpun)."
Disini ingin diceritakan perihal konsep sedekah iaitu, 1 amalan sedekah kita kepada Jalan Allah, maka akan dibalas dengan 10 kali ganda.
1 sedekah = 10 ganjaran
Jadi, sesiapa inginkan sesuatu dengan cepat, cubalah konsep ini. seperti contoh, anda menginginkan rumah yang bernilai RM200 ribu. Maka bersedekahlah sebanyak RM20 ribu.
Tapi, mana nak cari RM20 ribu tu?
Jika kita tak mampu memberi sedekah RM20 ribu sekaligus, kita boleh buat secara ansuran. Sebagai contoh kita buat ansuran selama 10 tahun.
RM20,000.00 ÷10 tahun = RM2000 setahun
Sebulan = RM2000 ÷ 12 bulan
= RM167.00
Jadi, Jumlah sebanyak RM167.00 itu hendaklah disedekahkan ke Jalan Allah selama 10 tahun dan Insya-Allah, Allah akan membalasnya dengan 10 kali ganda nilai RM167.00 itu.
Jika dibandingkan dengan konsep menabung duniawi. Kita perlu mengumpul RM1667.00 sebulan untuk mendapat jumlah RM200 ribu.
Dan inilah kelebihan jika kita konsep sedekah (konsep menabung akhirat) kita hanya perlu 1 sedekah untuk mendapat 10 kali ganda ganjaraan.
Adakah anda tidak yakin?
Tidak percaya dengan janji Allah?
Tepuk dada tanya iman.
Harus diingat bahawa sedekah perlu ada kepercayaan , yakin kepada Allah dan sedikit usaha (usaha - dari sudut keikhlasan, sudut displin melakukan sedekah, berdoa dan sebagainya). Dan hasilnya 1 keajaipan akan berlaku. Insya-Allah
Sedekah → percaya + yakin + berusaha = Keajaipan
No comments:
Post a Comment