kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Tuesday, June 10, 2014

Yakinlah janji Allah

...sambungan 

Masih terasa berat hati nak lakukan penabungan secara akhirat (1 sedekah = 10 ganjaran)

Ustaz Ismail Kamus selalu pesan masa dalam ceramah/kuliah dia.. “kita hidup kena ikut resam tanam padi, bukan resam tanam lalang”

Padi tu di umpamakan akhirat dan lalang tu lak di umpamakan dunia.
Ustaz Ismail Kamus terangkan lagi, jika kita tanam padi, Insya-Allah lalang akan tumbuh. Tapi, kalau kita tanam lalang… konpom padi takkan tumbuh.


Jadi.. Tanam la padi. Jangan risau, jangan susah hati, lalang mesti tumbuh. Tapi perlu risau kalau kita pilih untuk tanam lalang. Sebab kalau kita tanam lalang, padi takkan tumbuh.

So.. kali ini. Nak tolong buka minda dan hati semua untuk belajar kejar akhirat. Insya-Allah, jika kejar akhirat automatik dunia pun kita dapat. Itu janji Allah.

Cuma, kita patut risau jika kita mengejar dunia. Bagaimana dengan akhirat kita nanti? Kita kena ingat yang kita hidup di dunia ini untuk akhirat.

Berbalik pada sedekah. Dan dikaitkan dengan resam tanam padi. Yakinlah pada Allah. Yakinlah pada janji Allah. Allah telah berjanji 1 sedekah = 10 ganjaran. Yakinlah bahawa jika kita mengejar akhirat, maka dunia pun kita dapat nikmatnya. Sedekah itu adalah pekara untuk akhirat dan ganjaran pula dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Maka kita perlu tanam dalam diri dengan yakin akan janji Allah.



bersambung..








No comments: