kaWasAn menCurah luAhan keGilaaN teNtanG kehidupan im

Wednesday, June 11, 2014

"Muhammad" ibu

           Baru-baru ni balik kampung di Perak. Bila balik, ada saja ragam baru anak buah im tu. Ragam deme ni memang buat im tercuit hati bila mengenangkannya. Biasa la.. Bila ada 2 "hero" yang sebaya dok dalam 1 umah yang berumur hampir 3 tahun. Macam-macam leh jadi. Riuh rendah umah tu dibuatnya deme. Time deme malas nak mandi kena bodek mandi kolam la.. Mandi ujan la (pakai shower tu kat paip jer..hehe). Dulu, nak bodek bagi minum air masak, leh lak acik bodek deme.. "sape nak minum air najwa latip". Fuh.. bunyi nama air tu memang memberahikan sampai si hero-hero tu pun berebut-rebut nak minum. Padehal air kosong jer, ekekeke.. (najwa latip = lagu "Kosong", so, air najwa latip  = air kosong la.. hahaha).

           Yang terbaru, si Iman, kalau dia kena marah.. senang sangat dia merajuk. Nangis sambil tutup mulut (hahaha.. ayu yer dia nangis) lepas tu lari masuk bilik sambung merajuknye.
 

Tuesday, June 10, 2014

Yakinlah janji Allah

...sambungan 

Masih terasa berat hati nak lakukan penabungan secara akhirat (1 sedekah = 10 ganjaran)

Ustaz Ismail Kamus selalu pesan masa dalam ceramah/kuliah dia.. “kita hidup kena ikut resam tanam padi, bukan resam tanam lalang”

Padi tu di umpamakan akhirat dan lalang tu lak di umpamakan dunia.
Ustaz Ismail Kamus terangkan lagi, jika kita tanam padi, Insya-Allah lalang akan tumbuh. Tapi, kalau kita tanam lalang… konpom padi takkan tumbuh.

Monday, May 12, 2014

Solat Teraweh

Antara koleksi post wall dalam facebook abah yang membuka minda dan ada kalanya membuat kita insaf   
 

cite pagi ni : 
hahahaha cite biasa kat surau sewaktu solat terawih...hahah 

Selalunya musim posa ni lah ramai bebudak datang sembahyang dari umur 5thn sampaike belasan tahun...penuh surau....jadi memang le apa yg dinamakan bebudak bukanye nak sembahyang sangat , ada yg sembang, ada yg bekejo2.... tapi yg tensen nye makmum yg kosenteret sembahyang le... ramai yg menengking2 bebudak tu suruh diam....

Tuesday, April 8, 2014

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH...


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahwa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Monday, March 24, 2014

Anak nak Periksa?!!

As salamu'alaikum semua. Ramai ibubapa yang minta tips nak bantu anak hadapi PMR/3P ngan SPM. Antara perkara yang ibubapa boleh buat:

1. Segerakan solat, solat taubat, hajat & banyak berdoa

2. Ingatkan anak jaga ibadah

3. Pesan anak solat taubat, hajat, istighfar & istikharah utk mudah ingat & dpt jwb soalan

4 .Pesan anak maafkan & doakan guru & kawan-kawan

5. Pastikan rezeki yg di bawa balik HALAL

6. Bentuk suasana yang harmoni agar anak selesa belajar

7. Suruh anak belajar dgn tekun & nyatakan ibubapa redha dengan result yang akan di dapati. Ini kurangkan stres anak

8. Amalkan sunnah harian:
  - Segerakan solat
  - tidur mengiring ke kanan utk tingkatkan IQ
  - bangun tidur senyum & terus berdoa
  - elak kencing berdiri utk kuat ingatan & pandai
  - makan buah dulu sebelum sarapan, mkn thari & malam
  - masuk rumah & kelas dengan Bismillah
  - beri salam & kaki kanan dulu

9. Amalkan sunnah belajar:
  - Doa penerang hati termasuk al Insyirah
  - mula belajar dengan senyum
  - duduk di kerusi menghadap ke Qiblat (jgn belajar duduk di lantai atau atas katil!)
  - bubuh pewangi dalam bilik belajar
  - warna yang sesuai utk bilik belajar - hijau & kuning (atau warna lembut yg lain)
  - bubuh pokok kecil atas meja untuk supply oksigen

10. Pastikan anak sarapan pagi, sebab 80% pelajar tak suka sarapan, macam mana nak score dalam exam

11. Buat atau cari air penerang hati

12. Ibubapa cuti, puasa, solat hajat, baca Quran & doa semasa anak ambil exam

13. Tawakkal kepada Allah.


 Moga berjaya, wassalam.

Friday, February 28, 2014

camna kalau dia tu malaikat?


Citer ni berlaku pada Ahmad (bukan nama sebenar) dan Nurul (bukan nama sebenar jugak) yang pegi servis keter.

Beep.. beep.. beep..

Tetiba tepon Ahmad berbunyi.

"Ah.. bini aku nak ape lak ni?" sambil Ahmad memanjangkan tengoknye menjengok Nuul yang tak jauh darinya.

Dalam masa sama pun jengok teponnya.. "Bila nak solat" ayat dari sms Nurul

"Alaaa... baru kui 1.45 ptg" bisik ati Ahmad. Tangan Ahmad menunjuk isyarat tunggu kat Nurul.

"Erm.. dah agak dah" bisik ati Nurul.
"Tak pe.. aku nak tengok bila dia nak ajak aku pegi solat" bisik ati Nurul lagi.

Dalam tempoh tu Nurul tengok telatah Ahmad dengan kawan-kawannye. Sembang rancak.. dok pekena orang.. dok pekena orang tu..

"Mai kalih keter ang, Ahmad" kedengaran  Pomen bengkel a.k.a member Ahmad bersuara.

Nurul dari tadi, hanya membisukan diri asik memerhati telatah deme kat bengkel keter.

"Ah.. tak lama dah, keter ni siap kot" bisik Nurul.

Tapi.. lama tak lama jugak.. jam dah pukul 2.30 ptg. Pomen tu kuar.. cari barang keter kot. "Macam lambat lagi jer nak siap.." bisik Nurul.

"Aish.. bila Ahmad nak ajak pegi solat nih?" tambah Nurul lagi. "Tak boleh jadi ni.."

"Bila nak solat" Nurul mula bersuara

"Jap la.." balas Ahmad.

Saturday, February 22, 2014

Konsep Sedekah mengikut konsep matematik

Tertarik dengan tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Yusuf Mansor dari Indonesia melalui Youtube 1, Youtube 2 dan Youtube 3 mengenai hebatnya ilmu sedekah ke Jalan Allah.

Seperti yang terkandung dalam Surah AL-AN'AAM ayat 160



yang bermaksud:
                   "Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)."

Disini ingin diceritakan perihal konsep sedekah iaitu, 1 amalan sedekah kita kepada Jalan Allah, maka akan dibalas dengan 10 kali ganda.

1 sedekah = 10 ganjaran

Monday, February 17, 2014

nak performance komputer sendiri?!!

Al kisah nyer.. dah lama perasan. komputer kt opis ngan laptop kat umah kui lama kui slow.. kui berat... pasai pa la leh jadi camtu.

Dan nak dijadikan citer.. Boss yang pasang cctv sekolah mai sekolah tadi. dia nak servis cctv yang ntah mana ntah tecabot dibuat bebudak sekolah ni..

Eh.. rasanyer lum terjadi citer lagi ni..hahaha

Yang ni kot baru jadi citernyer..

Masa boss cctv tu buat servis, boss kecik im (penolong kanan pentadbiran) buat meeting ngan cikgu-cikgi.
punya nyer la lama meeting tu sampai boss cctv tu dah siap buat kerja dia pun meeting tu belum abis. Hahaha..

Sementara tunggu meeting tu nak abis, (pasai boss cctv nak jumpa boss kecik im tu) member sebelah meja sembang-sembang ngan boss cctv tu pasai pesbook kena blok.

Konon boss cctv tu nak setting ape benda ape tah dalam komputer bagi leh ekses balik pesbook.

Sunday, January 26, 2014

Arghhh!!!! (jerit cam iklan kfc tu)

Arghhhh!!!! (jerit cam iklan kfc tu) jumpa pakwe lama.

Udah sekian lama tak jumpa si kunin. Last jumpa pada tahun 2009. Haaaa.. dah habaq kan lama tak jumpa si kunin. Tu yang menjerit sakan bila jumpa si kunin. 

Tuesday, January 7, 2014

Mengamit Rindu - tunggu anak abis sekolah

Time kepenatan seharian berkerja. Aku melangkah lemah menuju ke keta. Nak pulang sambil didalam minda dok pikir macam-macam agenda yang perlu dibuat lepas ni. Menarik nafas panjang tanda aku mengeluh sorang-sorang..

Sesampai di luar pintu utama, aku lihat sorang ayah baru sampai untuk tunggu anaknya yang akan habis belajar pada pukui 6 petang. Sedangkan pada waktu tu baru sahaja pukui 5 petang. Wah! rajin si ayah tu datang awal. Ermmm.. rajin ker? aku rasa macam tak sesuai ja perkataan tu untuk dia. Bertanggungjawab kot.. baru sesuai dengan keringat yang si ayah lakukan tu.. Kalau bertanggungjawab, pukui 5.30 petang pun boleh tunggu anaknya. Ermm.. tak sesuai jugak kot dengan perkataan tu. Tapi perkataan apa yang sesuai untuk si ayah yang sebegitu. Sanggup datang awal menunggu di luar pintu pagar sekolah sorang diri. Sanggup mengorbankan masa rehat, masa free, masa santai dia untuk anaknya.


Sunday, January 5, 2014

bezanya doa seorang ibu dan anak - part 2

Sambungan dari bezanya doa seorang ibu dan anak part 1


Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.